LATAR BELAKANG:

  • Institut Antarabangsa Latihan Keguruan MARA (IALKM) merupakan sebuah institut yang ditubuhkan pada Januari 2012 yang menawarkan kursus latihan keguruan yang berimpak tinggi untuk memenuhi keperluan ‘human capital’ bagi MARA dan agensi luar.
  • IALKM beroperasi dibawah sebuah anak syarikat MARA iaitu MARA EXCELLENT VENTURES SDN BHD milikan penuh MARA.
  • Hasrat IALKM adalah untuk menjadi sebuah pusat latihan dalam membangunkan profesionalisme keguruan yang terkemuka disamping menawarkan latihan keguruan yang fleksibel dan bersesuaian dalam pelbagai situasi pembelajaran di dalam bilik darjah hari ini.

OBJEKTIF:

Menjadi pusat membangunkan modal insan berpengetahuan dan inovatif serta sentiasa mengutamakan Amanah Rakyat bagi sektor Pendidikan MARA

KOMPETENSI:

Program pembangunan modal insan yang dilaksanakan adalah untuk memenuhi lima (5) kompetensi utama seperti berikut :-

  • Pembangunan Kompetensi Keguruan
  • Pembangunan Kompetensi Kepemimpinan dan Pengurusan Pendidikan
  • Aplikasi Teknologi Multimedia dan e – pembelajaran
  • Penguasaan Bahasa Asing dan Pengantarabangsaan
  • Penyelidikan dan Pengembangan Kualiti Pendidikan

To make an enquiry: